4 Tips Rambut Gugur Ketika Mengandung. Jangan Panik!

Instagram

4 Tips Rambut Gugur Ketika Mengandung. Jangan Panik!

Rambut merupakan mahkota bagi setiap wanita dan sudah pasti anda akan berikan perhatian yang penuh bagi memastikan rambut anda sentiasa berada pada keadaan yang baik.

Tetapi ramai di antara wanita di luar sana yang mengalami rambut gugur ketika mengandung, dan ada juga yang alaminya selepas bersalin. Jadi apakah yang boleh dilakukan bagi mengurangkan atau menghentikan keguguran rambut dari berlaku?
Rambut gugur ketika mengandung
Sebelum itu, kita harus memahami mengapa rambut gugur ketika mengandung dan faktor-faktor yang mendorongnya.

Perubahan kepada hormon-hormon di dalam badan banyak memainkan peranan. Secara umumnya, rambut akan melalui suatu kitaran yang berfasa. Ada rambut yang akan tumbuh, ada yang akan berehat, dan akhir sekali ada yang akan gugur. Secara purata, rambut kita akan gugur sebanyak 100 helai rambut setiap hari.
Fasa yang berubah
Sewaktu anda sedang hamil, kesemua fasa tersebut boleh berubah. Ramai di antara wanita yang mengandung akan dapati rambut mereka menjadi lebih tebal dan tumbuh lebih cepat.

Tidak kurang ramai juga yang akan mula perasan rambut mereka gugur lebih banyak dari hari-hari biasa. Ini bakal berterusan selepas anda melahirkan anak dan seterusnya selagi anda masih menyusukan anak anda.
Apa perlu buat kalau keadaan rambut gugur ketika hamil itu berterusan?

1. Jangan panik
Pertama sekali, anda janganlah berasa panik dan terus-menerus tarik rambut anda sehingga banyak lagi yang gugur. Bagi mengurangkan keguguran rambut, hanya guna syampu apabila perlu sahaja.

Amalan bersyampu akan menambahkan tekanan kepada rambut dan lebih banyak pula rambut yang akan gugur nanti. Namum penggunaan syampu tanpa SLS akan dapat membantu mengurangkan keguguran rambut.  Gunakan perapi bagi mengurangkan keguguran rambut yang berlaku apabila anda menguraikan rambut anda. Pastikan syampu dan perapi yang anda gunakan mengandungi biotin dan silika.
2. Guna sikat yang bergigi luas
Seterusnya, gunakanlah sikat yang bergigi luas dan elakkan dari menggunakan pengering rambut atau apa sahaja yang akan memanaskan rambut anda. Elakkan daripada mengeritingkan rambut atau mewarnakan rambut anda sehingga keguguran rambut tadi berhenti.

Ketika rambut anda basah, rambut anda sangat rapuh, oleh itu anda perlu lebih beri perhatian ketika ianya basah. Langkah lain yang anda boleh cuba adalah meminta pendandan rambut anda mengenakan gaya rambut yang boleh menyembunyikan bahagian-bahagian yang teruk.
3. Semak semula diet pemakanan
Diet pemakanan banyak mempengaruhi rambut anda. Pastikan anda makan seperti yang disarankan doktor anda. Ini akan mengembalikan seri rambut anda dan menghentikan keguguran rambut. Kebiasaannya, badan anda memerlukan vitamin dan zat mineral yang lebih bagi mengatasi keguguran rambut ini.
Makanlah lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi flavonoid dan antioksidan yang boleh memberikan perlindungan kepada folikel-folikel rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut.
Anda juga boleh mengambil suplemen yang mengandungi bahan-bahan tersebut bagi mengurangkan rambut gugur ketika mengandung:

  • Vitamin B kompleks
  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • Biotin
  • Zink
4. Banyakkan bersabar
Yang paling penting sekali, bersabarlah. Anda tidak akan menjadi botak, ia hanyalah bersifat sementara. Hormon badan anda akan kembali normal lambat-laun juga.
Oleh itu, anda boleh cuba beberapa perkara di atas bagi mengatasi masalah rambut gugur ketika mengandung. Sekiranya ia masih berlanjutan, dapatkanlah khidmat nasihat pakar.

Biasanya, keadaan rambut gugur ketika mengandung ini hanyalah sementara. Walaupun ada juga kes rambut gugur selepas bersalin, kebiasannya ia akan kembali normal selepas melahirkan anak.  Namun mencegah dari awal adalah lebih baik.  Penggunaan syampu tanpa bahan kimia dan perapi serta serum secara semulajadi memang sangat membantu dalam mengembalikan mahkota anda.
Syampu dari bahan semulajadi tanpa bahan kimia Zarraz Paramedical

NEVER GIVE UP HAIR SHAMPOO

FUNGSI :
Merupakan langkah pertama bagi penggunaan rawatan “hair loss”.

Bukan sekadar shampoo biasa. Ia merupakan alternatif perubatan yang mengandungi konsentrasi  asid amino yang tinggi dalam memperbaiki otot rambut , menyelesaikan masalah kelemumur, rambut yang mudah gugur dan lain-lain lagi. 


Shampoo ini dapat memberikan sel-sel rambut bernafas dengan sempurna di mana menjadikan sel anak-anak rambut aktif tumbuh semula serta rambut menjadi lebih lembut,beralun dan  lebat.

NEVER GIVE UP HAIR MASK

FUNGSI : 

Merupakan langkah ke-2 sebagai  agen pelembut yang di formulakan dalam bentuk masker bagi mendapatkan kesan kebaikan  maximum untuk si pemakai. 
Untuk kesan yang terbaik, setiap kali menggunakan HAIR SHAMPOO ZARRAZ,anda amat digalakkan memakai HAIR MASK ini. 

Selain bagi rawatan rambut gugur, ia sangat bagus digunakan bagi mengatasi masalah kulit kepala yang gatal, kelemumur, dan yang sering menghadapi masalah pening kepala atau migrain kerana masker ini amat sejuk . Ia dapat melegakan urat saraf kepala anda. 


Ia dapat membantu memperbaiki struktur rambut yang rosak akibat daripada kerosakan kimia seperti mewarnakan rambut,mengerinting ( permed ), meluruskan rambut ( rebonding ) agar rambut sihat semulajadi iaitu lebih lembut dan bersinar . Serta memudahkan rambut untuk di sikat. 

NEVER GIVE UP HAIR SERUM

FUNGSI :

Dengan kajian formula , terhasillah serum rambut Zarraz ini. Serum rambut yang penuh dengan khasiat ini dapat membantu merawat dari akar umbi rambut sehingga ke hujung rambut. 

Menguatkan struktur rambut, memberi nutrisi agar anak-anak rambut ( sel baru ) aktif akan tumbuh semula dengan 5x ganda . Ia amat bagus bagi membantu rambut rapuh.


Dapatkan Sekarang!!!


 LOVE,

PAKAR KECANTIKAN PERIBADI ANDA..

WATSAPP / CALL / SMS : 013-3502004 (ALEEZA)

Article credit to : Siraplimau.com
Foto Kredit: huffingtonpost.com

Foto Kredit: onlymyhealth.com

1 comment:

  1. Very Good Information Provide Really I Like Your Blog Keep It Going up Health Tips

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...