SANGGUP TANGGUNG RISIKO UNTUK CANTIK?

Instagram



Salam sejahtera kepada para pembaca Zarrazbeauty.com

Pertama sekali, maaflah lama tidak mengemaskini blog ini akibat kekangan masa.  Walaubagaimanapun order produk Zarraz tetap masuk bertalu-talu.  Mereka yang ingin mendapatkan konsultansi kulit wajah dari saya juga semakin ramai.  Alhamdulillah.  Saya sedia dan ikhlas membantu. :)

Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca mengenai bahan-bahan berbahaya dan terlarang yang terkandung dalam produk kecantikan atau kosmetik.  Saya pasti ramai di antara kita tidak tahu mengenai nama-nama bahan tersebut sedangkan ianya digunakan di wajah anda setiap hari.

Setiap orang ingin kelihatan cantik dan sempurna. Oleh sebab asakan daripada keinginan tersebut, sesetengah mereka sanggup mengambil risiko dengan menggunakan produk-produk yang menjanjikan kesan dalam jangka masa yang singkat, tetapi tidak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan.
                                         
Lambakan produk yang ada di pasaran sangat dikhuatiri kandungannya dan kebanyakannya mengandungi bahan-bahan terlarang dan merbahaya. Mengetahui maksud di sebalik nama setiap kandungan produk kecantikan yang dimiliki adalah sangat penting. Ini kerana, terdapat sesetengah bahan yang dimasukkan ke dalam produk kecantikan akan memberi kesan buruk kepada pengguna walaupun ia dianggap selamat.

Selain daripada mengetahui makna sebenar setiap bahan yang dimasukkan, mengetahui fungsinya juga penting. Ini bagi mengelak daripada tersalah memilih produk yang sesuai dengan jenis kulit anda.

 Bahan-bahan Merbahaya

1. Hydroquinone
Sama juga bahan ini, ianya biasa didapati dalam produk pemutih kulit. Penggunaannya dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan kulit merah dan rasa terbakar, wujud masalah ginjal, kanser darah dan kanser sel hati.

2. Sodium Laureth Sulfate
Bahan ini terdapat dalam kebanyakan produk syampu, sabun badan dan pencuci. Bahan ini akan menyebabkan alahan kulit, asma, sakit kepala, sakit sendi, pening-pening, dan katarak mata.

3.Rhodamin
Produk yang mengandungi bahan ini akan memberi kesan kepada pengguna seperti gangguan pada pernafasan dan kerosakan hati.

4. Mercuri
Bahan ini biasa digunakan dalam produk pemutih. Kesannya ialah berlaku iritasi dan alahan pada kulit, kerosakan pada otak, ginjal, gangguan perkembangan janin, kerosakan paru-paru, muntah-muntah dan kanser.

5. Paraben
Bahan ini banyak digunakan pada deodoran dan kosmetik. Ia boleh menyebabkan kemerahan dan kesan pada kulit dan disyaki boleh menyebabkan kanser payudara.

6. Isopropyl Alcohol
Alkohol jenis ini biasanya digunakan sebagai pelarut dalam produk kecantikan. Bahan ini boleh merosakkan lapisan kulit dan dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan penuaan.

7. DEA (Diethanolamine), TEA (Trithanolamine), MEA (Monoethanolamine)
Ketiga-tiga bahan ini boleh menyebabkan kanser ginjal dan hati.

8. Minyak Mineral
Minyak mineral walaupun kedengaran seperti baik untuk kulit, tetapi ia akan melapisi kulit hingga pengeluaran toksin dalam badan terganggu. Ianya boleh mengakibatkan jerawat.

9. Propylene Glycol
Produk seperti kosmetik dan pencuci muka juga banyak menggunakan bahan ini. Bahan ini mampu menyebabkan masalah kemerahan pada kulit dan kerosakan ginjal dan hati.

10. Polyethyene Glycol (PEG)
Bahan ini akan menyebabkan kelembapan kulit terganggu dan mempercepatkan penuaan dan pembiakan bakteria.

11.Tretinoin/Retinoic Acid
Jika bahan ini terdapat dalam produk kecantikan, ia akan menyebabkan kulit kering dan terbakar serta menyebabkan kerosakan pada janin.

Penting untuk kita mengetahui bahan-bahan yang terkandung dalam produk penjagaan wajah kita.

Kecantikan adalah tanggungjawab! Jadi, bertanggungjawablah dengan diri anda sendiri dengan hanya menggunakan produk-produk yang selamat untuk kulit wajah anda.




LOVE,

PAKAR KECANTIKAN PERIBADI ANDA..

WATSAPP / CALL / SMS : 013-3502004 (ALEEZA)



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...