Kolagen Produk Kecantikan Diperbuat Dari Mayat Banduan??

Instagram



Tahukah Anda Dari Mana Sumber Kolagen Yang Disuntik Dan Yang Anda Guna Dalam Produk Kecantikan??




Kolagen yang digunakan dalam suntikan kecantikan ataupun dalam produk kecantikan menjadi satu persoalan dari segi keselamatan, kesihatan dan etika kemanusiaan.

Tahukah anda Kolagen yang digunakan baik dalam suntikan atau produk kecantikan berasal dari haiwan dan manusia? Sumber Haiwan : Khinzir dan lembu merupakan sumber haiwan yang digunakan untuk menghasilkan kolagen.  Fikirkan di mana mungkin diperoleh sumber kolagen manusia

Ya Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa salah satu sumber kolagen ini ialah dari Negara China di mana kulit manusia diperolehi dari mayat bantuan!




Jangan Jadi Mangsa Rawatan Perubatan Estetik Seperti Suntikan Kolagen!




Tentu anda kenal penyanyi superstar ini? Inilah akhirnya akibat suntikan kolagen dan botox berlebihan.. (Tua sebelum usia) 





Tidak keterlaluan jika dikatakan ramai wanita di Malaysia menjadi mangsa Pembedahan Kosmetik dan mangsa Perubatan Estetik, walaupun ianya dilakukan oleh Doktor Perubatan bertauliah.  

Pernah terjadi, seorang isteri VIP juga telah menjadi mangsa rawatan perubatan estetik dan pembedahan kosmetik.. Beliau dikerjakan ke hospital dalam keadaan koma.  

Ramai lagi wanita telah menjadi mangsa rawatan seperti ini tetapi tidak membawanya ke tengah atas sebab-sebab malu dan sebagainya – Petikan Akhabar The Star Friday February 29, 2008.






Salah guna Kolagen boleh menyebabkan:


Sindrom penyakit Dermatomyositis atau Polymyositis (bengkak, lemah dan lumpur otot)

Merebakkan penyakit Hepatitis dan Variani CJD iaitu sejenis penyakit seperti penyakit “Mad Cow Disease”  Rujukan : Ann Intern Med, 1993;118(12):920-8

Radang dan jangkitan, pengelupasan kulit, cacat kulit, benggol dalam kulit, bernanah


Penyakit Autoimmune di mana sel badan sendiri merosakkan sel badan yang lain.






ZARRAZ PARAMEDICAL –Produk kecantikan tanpa kimia beracun, tanpa pengawet, pewangi dan penyatu.   Pengilangan  Zarraz Paramedical dilakukan sendiri dan formula di miliki sepenuhnya oleh Sixtyninez Integrated (M) Sdn Bhd. 


Mutu & keselamatan produk terjamin.

Produk-produk ZARRAZ PARAMEDICAL adalah terhasil melalui pengalaman kami dalam bidang kecantikan selama 6 tahun di dalam industri ini serta Research & Testimoni dari pengguna setia kami



Produk ini didominasi dari Pakar Pakar kami dari pelbagai bidang seperti Beauty Consultant, Specialist Nutrition & Pharmaceutical, Therapy Massage serta Syariah Compliance in HALAL Hub.

Dengan collaboration yang sempurna ini, maka tercetusnya  ZARRAZ PARAMEDICAL yang menjanjikan satu REVOLUSI di dalam dunia kecantikan SEMULAJADI!




LOVE,

PAKAR KECANTIKAN PERIBADI ANDA..

WATSAPP / CALL / SMS : 013-3502004 (ALEEZA)



Hidrokuinon Dalam Kosmetik Boleh Membawa Maut

Instagram


Hidrokuinon??

Hidrokuinon sebenarnya bahan peluntur kuat yang digunakan dalam industri fotografi, getah dan agen aktif melunturkan warna rambut.
Walaupun DIHARAMKAN, masih ada sesetengah pengeluar tidak bertanggungjawab dan ingin mengaut keuntungan menggunakan bahan aktif berbahaya seperti monobenzil dan monometil hidrokuinon, raksa, asid askorbik dan peroksida dalam produk mereka untuk membolehkan pengguna melihat kesan cepat seperti diharapkan kebanyakan wanita.

Baik hidrokuinon atau raksa, kedua-dua ada bertindak dengan cara lebih kurang sama. Pada peringkat awal penggunaan, kulit menjadi cerah manakala parut dan pigmentasi hilang kerana hidrokuinon dan raksa menghalang penghasilan melanin.

Melihat kesan diharapkan, ramai wanita menganggap ia produk baik dan terus menggunakannya bagi mengekalkan kecantikan yang baru dimiliki. Di sinilah bermulanya masalah mereka.  Hidrokuinon atau raksa yang disapu pada kulit akan bertindak balas dengan sinar ultra lembayung (UV) dan berlakulah proses pengoksidaan semula.


Mungkin ada yang tidak faham proses pengoksidaan ini. Ada cara mudah untuk memahaminya. Hiris sebiji epal dan biarkan ia seketika. Selepas beberapa minit anda lihat epal bertukar menjadi coklat. Ini bermakna proses pengoksidaan berlaku dan begitu juga yang terjadi kepada kulit anda.

Proses pengoksidaan semula menghasilkan lebih banyak pigmentasi dan mempercepatkan penuaan. Warna kulit menjadi tidak rata dan nampak ada kesan tompok hitam. Untuk membetulkan semula keadaan ini, lebih banyak hidrokuinon diperlukan dan proses sama akan berulang.

Pada masa sama, penghasilan melanin akan terhenti. Ketiadaan melanin bermakna kulit hilang daya perlindungannya dan sangat lemah. Ia sangat sensitif pada cahaya matahari dan lebih mudah mendapat kanser kulit.

Logam berat seperti raksa bukan saja merosakkan, tetapi berkumpul di dalam sel di bawah kulit dan boleh berpindah ke sel lain hingga sampai ke organ lain.

Pengumpulan raksa boleh menyebabkan keracunan hati dan kerosakan buah pinggang — dua organ utama yang bertindak sebagai penapis bahan toksik.

Seperkara yang perlu diingat, lebih cepat sesuatu produk itu mampu mencerahkan kulit anda, bermakna kepekatan bahan pemutih dalam produk itu lebih tinggi.



Kesan dari penggunaan kosmetik yang mempunyai kandungan hidrokuinon

 Antara bahan aktif berbahaya dalam produk kecantikan ialah:

Hidrokuinon — Menghentikan penghasilan melanin iaitu bahan yang melindungi kulit daripada sinaran ultra lembayung. Apabila menggunakan produk mengandungi bahan ini, kulit muka menjadi kemerahan, rasa pedih dan terbakar apabila terkena cahaya matahari terik.

Penggunaan berterusan menyebabkan warna kulit tidak sekata dan bertompok hitam. Hidrokuinon juga boleh meresap ke dalam sel dan memasuki aliran darah. Pengumpulan hidrokuinon dalam badan boleh menjejaskan pendengaran dan menyebabkan pelbagai masalah lain seperti menggigil, mual, muntah, sakit kepala, sukar bernafas, sawan dan mungkin koma.

Trietinon — Kulit menggelupas, kering, sensitif pada cahaya matahari dan banyak jeragat.

Raksa — Kesan raksa kepada kulit sama seperti hidrokuinon dan pengumpulannya dalam badan boleh menyebabkan seseorang mengalami pelbagai masalah, antaranya muntah, cirit-birit, keracunan hati dan buah pinggang serta gangguan saraf.

Selain itu, jika produk yang diperkenalkan kepada anda tiada label bahan yang digunakan, talian atau laman web pengeluar, lupakan saja niat anda untuk mencubanya.

Jadilah pelabur bijak kerana pelaburan dalam penjagaan kecantikan bukan hanya membabitkan wang, tetapi masa dan paling penting, kulit muka anda.

Jangan jadikan muka sebagai medan melakukan ujian keberkesanan bahan terlarang kerana dikhuatiri kesan sampingannya kekal sehingga  tua.



Jadi apa yang dapat Anda lakukan? 

Mudah, ....CUMA gunakan produk perawatan kulit yang Bebas atau Tanpa Hidrokuinon, produk perawatan wajah yang Bebas Hidrokuinon, dan kosmetik yang Bebas Hidrokuinon.

Jadi, jika anda kuatir tentang Hidrokuinon dalam produk perawatan kulit anda seperti, losyen, krim dan kosmetik yang anda gunakan sekarang, ketahuilah produk yang dikeluarkan oleh Zarraz Paramedical sememangnya TANPA HIDROKUINON!!!  (Sila lihat antara produk2 ZARRAZ PARAMEDICAL dalam Blog ini).

Jadi, ketika Anda sedang mencari produk perawatan kulit yang berkualiti dan mampu memberikan hasil yang baik, Anda memiliki pilihan untuk merawat secara alternatif terhadap misi perawatan wajah anda dengan produk yang berkualiti tinggi – Tanpa  HIDROKUINON dan bebas risiko jangka panjang!





LOVE,
WATSAPP / CALL / SMS : 013-3502004 (ALEEZA)

Cara Merawat Bibir Supaya Kelihatan Cantik Dan Menawan

Instagram



Bibir adalah bahagian yang paling penting dari wajah selain daripada mata. Semua wanita ingin memiliki bibir yang sempurna, kerana ianya merupakan salah satu aset yang berharga bagi perempuan.  Selain itu, bibir yang sempurna benar-benar dapat menjadikan wajah kelihatan lebih cerah, lebih sihat dan lebih sempurna! Berikut adalah tips bagi merawat bibir agar kelihatan sempurna.


§  Membersihkan kulit bibir

Pastikan bahawa kulit bibir dibersihkan secara teratur. Ini tidak bererti bahawa membersihkan kulit bibir menggunakan loofah dan menggosok bibir dengan keras. Tidak, hanya menggosok ringan mengunakan berus gigi lembut dengan gerakan melingkar. Ini akan menghapus semua sel-sel mati dan melembutkan bibir. Namun begitu, selalu ingat untuk melembabkan bibir dengan baik setelah dibersihkan. Kalau tidak, bibir akan menjadi lebih kering dari sebelumnya. Pembersihan seminggu sekali sudah cukup untuk menghapuskan sel-sel yang mati.
§  

Gula dan air mawar

Membersihkan bibir dengan lembut, menggunakan air mawar dan gula juga boleh member kesan yang baik. Tidak hanya melembutkan bibir tetapi juga memberi mereka aftertaste manis yang sangat kissable. Lebih dari itu, dengan menggunakan kaedah ini akan menghindari kemungkinan menggaru bibir dan juga mengurangi kekeringan pada bibir. Kaedah pembersihan kulit bibir dapat digunakan sehari-hari dengan menggunakan gula dan air mawar yang tidak berbahaya bagi bibir.
§  

Minum banyak air

Bahagian tubuh yang pertama yang menunjukkan efek dehidrasi adalah bibir. Minum cukup air setiap hari akan memastikan bahawa bibir tidak kelihatan kering, kasar atau pecah-pecah.
§   

Gunakan lip balm

Selalu gunakan lip balm sebelum mengenakan lipstik. Lip balm membuat lipstik kelihatan segar sepanjang hari dan juga akan melindungi bibir dari kerosakan kimia yang dapat disebabkan dari bahan lipstik tersebut.
§  

 Pelembab malam

Pelembab malam adalah kunci untuk bibir yang sempurna. Pastikan bahawa menerapkan lapisan tebal pelembab pada bibir sebelum tidur. Lapisan harus cukup tebal sehingga bibir kelihatan putih (atau sesuai warna pelembab).
§   

Diet sehat

Diet sehat adalah cara termudah untuk memiliki bibir yang sehat sempurna. Buah-buahan dan sayuran akan menjaga bibir tetap kelihatan cantik berwarna merah muda dan terhidrasi.

Selamat Mencuba! ;)

Tips Merawat Wajah Secara Semulajadi

Instagram


Perkara utama yang harus dilakukan untuk tampil cantik adalah dengan melakukan perawatan wajah, kerana kebanyakan orang menilai kecantikan dari wajah. Anda dapat melakukan perawatan wajah dengan bahan-bahan semulajadi sebagai berikut :


 

Tomato 
Tomato mempunyai kandungan vitamin C yang baik bagi kulit, sehingga tomato dapat digunakan sebagai masker untuk merawat kecantikan wajah dengan cara menumbuk atau mengisar tomato hingga halus. Setelah halus gunakan tomato tersebut sebagai masker wajah, ratakan dengan cara menepuk-nepuk bahagian wajah secara perlahan. Manfaat dari masker tomato ini adalah untuk mengurangi lebihan minyak pada wajah, menghaluskan kulit, dan memberi nutrisia pada kulit.





Limau Nipis
Limau nipis dapat membuat kulit wajah menjadi bersih, segar dan bebas dari bakteria penyebab jerawat, kerana asam yang terdapat pada limau nipis dapat mematikan bakteria pada wajah. Anda dapat mencubanya dengan cara membelah dan sapukan terus pada wajah. Ketika menggunakan limau nipis pada wajah mungkin akan terasa sedikit pedih selama beberapa saat, tetapi hasil yang akan didapati amat bermanfaat dan baik pada kulit.

Lemon
Lemon mengandungi Vitamin C yang dapat merawat dan mencerahkan warna kulit, selain itu lemon juga bermanfaat untuk memudarkan bintik hitam pada wajah. Caranya dengan memotong lemon menjadi 2 bahagian, setelah itu perah lemon ke dalam mangkuk. Celupkan kapas pada air lemon, lalu sapukan kapas ke wajah anda dengan gerakan memusing. Biarkan seketika pada wajah, tanpa dibilas dan biarkan selama semalaman agar kandungan lemon meresap pada kulit wajah. 

Selamat Mencuba ;)

Dilema Seorang Wanita Muslimah

Instagram

Wanita dengan cantik memang tak dapat dipisahkan.



Wanita sebenarnya tiada yang tak cantik, SEMUANYA CANTIK tapi cuma malas je.. hehe.  Wanita memang pada dasarnya cantik, dan akan bertambah cantik sekiranya dirawat dengan kosmetik yang tepat dan sesuai dengan jenis kulit wajah.

Zaman sekarang ni banyak sangat la produk-produk kecantikan yang dijual di pasaran, tapi kita tak tahu adakah produk tersebut halal?  Atau mengandungi bahan-bahan kimia yang berbahaya.

Dah banyak sangat kes di berita semasa mahupun di dada-dada akhbar di mana wanita tertipu dengan produk kecantikan yang berbahaya.  Mula-mula pakai memang wajah wanita tersebut nampak cantik, tapi lama-kelamaan akan merosakkan wajahnya sendiri.  Wajah wanita yang dulu memang dah cantik tapi jadi hodoh pula dek kerana salah pakai produk kecantikan dan salah dari segi rawatan.



Banyak produk kecantikan atau kosmetik menawarkan harapan kepada pengguna wajah akan tampil cantik dengan harga murah.  Tiada pula keterangan bahan-bahan yang terkandung dalam sesuatu produk kecantikan tersebut.  Ini sangat bahaya!

Mencantikkan kulit wajah, tapi tak tahu bahan-bahan dalam pembuatan kosmetik tersebut sama la macam menipu.  Tanda 'HALAL' itu penting untuk mengukuhkan suatu produk kosmetik sebab bahan-bahan halal dan terjamin untuk kulit wanita Malaysia khususnya dan kulit wanita SELURUH DUNIA secara amnya!

Kenapa kosmetik HALAL itu penting?
Sebagai seorang muslimah, memang sensitif dengan bahan-bahan yang digunakan dalam pemakaian harian, sebab ia bersangkut paut dengan apa yang masuk ke dalam tubuh badan melalui liang roma dan pori-pori.  Memang kita tak nampak secara langsung, tapi apa yang masuk ke dalam tubuh badan kita perlu kita ambil berat dan beri perhatian kepada halal haramnya.

Mungkin ada yang tidak ambil peduli mengenai hal ini, jadi kalau terus-terusan guna produk yang tidak halal, masuk ke dalam tubuh badan kita, misalnya bahan pada kosmetik atau produk kecantikan yang kita pakai itu haram, maka ibadah yang kita buat pun jadi TAK SAH!

Jadi memang penting untuk kita tahu bahan-bahan sesuatu produk kecantikan atau kosmetik itu yang jelas HALAL untuk mencantikkan diri kita :)

Jom beralih ke ZARRAZ PARAMEDICAL, selain HARGA BERPATUTAN, ada KELULUSAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA dan yang penting semestinya HALAL! Ianya memang berkesan untuk merawat masalah kulit wajah anda! Dan sebagai seorang wanita muslimah anda tidak perlu ragu-ragu lagi :)





LOVE,
WATSAPP / CALL / SMS : 013-3502004 (ALEEZA)




Idam Nak Cantik Jadi Gila

Instagram


Bagi anda yang obses kepada kecantikan, awas dengan kehadiran produk-produk berikut di pasaran. Produk-produk ini telah disenarai hitamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.





Ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termaksuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuaka hti tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.

Sharing is Caring. Semoga bermanfaaat.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Petikan dari Berita Harian

47 produk mengandungi bahan beracun disenarai hitam

KUALA LUMPUR: Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba.

“Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.

Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.

Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.

Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine.

“Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.

Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit.

Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.

“Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya.

Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkat setiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522 (2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).

Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah, denda maksimum RM50,000.

INFO
Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan


Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
  • Kintop
  • Body Beaus
  • BMI-9 Xylimming Capsule
  • Senna Plus Capsule

    Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
  • Lami

    Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
  • Obexlim
  • Slimax Coffee
  • Beaute Fit Body Contour
  • Body Trimz

    Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
  • 357 Nasal Spray

    Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
  • Makjun Taufiq Dua Istimewa
  • Majun Dua Istimewa
  • Ginseng Jin Fui Wan
  • Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
  • Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
  • Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
  • Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
  • Makjun Syafiq 3 Istimewa
  • Reepo

    Produk berasas makanan yang mengandungi steroid: 
  • Air Ikan Haruan

    Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
  • Eriesya Spa Beauty Cream
  • Atika Beauty Renewal Cream
  • Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
  • Ratna Sari Whitening Night Cream
  • Tia Amelia Krim Jeragat
  • Chantique Whitening Night Cream
  • RZAC White Pearl Cream
  • Nuriz Day and Night Cream
  • Elite Rias Er Cream
  • R&Z Whitening Night Cream
  • Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
  • Pigmentation Recovery Complex
  • Zara Rejuvenation Cream
  • Natasya Krim Herba Gold
  • De Putih Night Cream

    Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
  • Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

    Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
  • Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
  • Qian Tong Dan
  • Raja Ubat Resdung
  • Coral Plus UA 350MG
  • LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...