Liang Pori Besar & Terbuka??

Rasanya ramai sangat yang mengalami masalah liang pori besar lah, terbuka lah..big pores ..memang mengganggu kan? Tapi korang tahu ke kenapa liang pori kita besar dan terbuka? Apakah punca dan cara untuk mengecilkan saiz pori-pori di wajah?





Liang pori-pori terbuka boleh menjadi satu masalah pada kita. Liang roma kita kelihatan seperti berlubang.
Biasanya ia terjadi di hidung, dagu dan pipi anda tapi sebenarnya kat mana-mana area pun boleh terjadi.  Ia menjadi liang pori sebagai pembukaan untuk bulu roma, saiz bulu roma kita bergantung pada saiz liang. Kadang-kadang campuran sel-sel kulit mati menyebabkan liang itu untuk kelihatan lebih terbuka atau tersumbat.

Punca Liang Roma Membesar Adalah Seperti Berikut:-


1. Genetik
Masalah pori-pori wajah terbuka adalah disebabkan faktor genetik   keturunan. Genetik bukan sahaja akan mewariskan warna kulit, warna anak mata, malahan juga boleh mewariskan struktur pori-pori wajah seseorang itu.

2. Penuaan
Apabila seseorang itu semakin meningkat usia, secara semulajadi, penghasilan Elastin akan berkurang. Elastin ialah keanjalan kulit untuk meregang dan kembali ke asal. Apabila elastin berkurangan, ia menyebabkan kulit mengendur dan menyebabkan pori-pori wajah kelihatan lebih besar.

3. Cahaya Matahari
Wajah yang sering terdedah dengan radiasi ultraviolet cahaya matahari boleh menyebabkan kerosakan Elastin wajah dan menjadikan pori-pori wajah terbuka.

4. Kebersihan
Sekirannya anda tidak mencuci wajah dengan betul, pengumpulan minyak di wajah akan menyebabkan pori-pori tersumbat, dan menyebabkan pori-pori wajah kelihatan lebih besar.


 Strawberry memang sedap dimakan tapi kalau kulit kat hidung dah jadi cam strawberry nose.. korang nakk kee?? Euwwww!



Bolehkah kita mengecilkan liang pori?
Sebenarnya kalau pori-pori anda dah besar kita tak boleh betul-betul hilangkannya tapi kita boleh memperbaikinya dengan mencari produk yang sesuai untuk menutup liang-liang ini.  Kita harus mengurangkan saiznya, memang ia mengambil masa sedikit.

Produk yang anda pilih mestilah membantu dari segi
-mengecilkan saiz liang pori
-membersihkan liang supaya tidak tersumbat
-menghalang jerawat supaya tidak muncul akibat liang tersumbat

Perlu anda ketahui liang pori yang tidak dibersihkan dengan baik akan menyebab kan dinding liang pori menebal menyebabkan kecacatan kekal.  Sebab tu kalau korang nampak ada orang muka dia lubang-lubang terlampau besar terutama lelaki.

Perlu sentiasa mencuci muka dengan pembersih yang sesuai, tidak terdedah kepada pancaran matahari yang teruk, menyingkirkan bakteria, kekotoran dan lebihan minyak di muka yang boleh menjadi penyebab kepada liang tersumbat. Tapi perlu diingat supaya kulit juga memerlukan lembapan, jadi jangan pula mencari pencuci muka yang membuang semua minyak sampai kulit terasa kering dan pedih!

Pastikan kulit mendapat kolagen yang mencukupi dan kekal hidrat. Kolagen sangat penting bagi memastikan sel-sel lebih kukuh dan tegang. Dengan ini, penampilan kulit lebih baik dan tiada lagi liang pori yang besar dan mengembang!

Cara nak bersihkan pori-pori ni senang saja. Cuci wajah anda sebersihnya dengan Firming Cleanser, kemudian pakailah Refreshing Hydrating Lotion (Toner). Jangan skip toner anda ye sebab Toner inilah yang membantu membersihkan lagi pori-pori tersebut.  Toner bukan sahaja membersihkan sisa-sisa yang tinggal malah kandungan toner membantu mengecilkan liang pori-pori kita yang terbuka.

Ok setelah itu, steam muka kita dengan air panas. Korang boleh buat sendiri di rumah dengan meletakkan air panas dalam bekas, halakan muka mengadap bekas dan gunakan tuala untuk menutup kepala dan muka.  Tapi jangan sampai celup muka terus dalam tu sudahlah.. Kang melecur plak. Huahua.  Steamkan muka dalam masa 5-10 minit, ia akan membantu membuka liang pori yang tersumbat. (Steam ni tak perlu setiap hari paling bagus seminggu sekali).




Selepas steam, ambil tisu dan tekapkan pada muka untuk membuang lebihan air dan selepas itu bolehlah disapu dengan Essence Sebum Gel untuk mengecilkan semula pori-pori anda yang dah besar itu.  Sapukan secara memutar dari bawah dagu ke atas.  Urut sehingga semua Essence Sebum Gel tersebut rata dan meresap ke dalam pori-pori. Lakukan step ini dua kali sehari iaitu pagi dan malam. 

Kalau siang hari pastikan anda pakai pelembab yang berSPF supaya anda dilindungi oleh sinar UV. Pakai produk apa pun tak guna kalau kita tak pakai sun block ye.  So wajib guna Sun Protection SPF50 yang memberi perlindungan UV yang berkesan melindungi kulit 500 minit di bawah cahaya matahari.  500 minit tu! Awesome!!

Oh ya saya terlupa pulak pasal masker, kalau boleh seminggu sekali atau dua kali anda kene pakai masker. 
Masker yang paling sesuai adalah Clarifying Renewal Mask, masker ini mampu mengetatkan pori-pori anda dengan mengawal lebihan minyak dengan memberi pengimbangan semula tahap pH kulit anda.  



Dapatkan Set Produk Zarraz Paramedical di bawah ni untuk merawat masalah liang pori-pori terbuka untuk anda buat sendiri di rumah:-

1.  Firming Cleanser RM70
2.  Refreshing Hydrating Lotion RM70
3.  Essence Sebum Gel RM70
4.  Sun Protection SPF50 RM80
5.  Clarifying Renewal Mask RM30


Produk ZARRAZ PARAMEDICAL akan membantu mengembalikan KEJELITAAN WAJAH ANDA.. Dapatkan hanya produk Skincare yang POWER!

TEMPAH SEKARANG!

KONSULTANSI PERCUMA!

CALL / SMS : 013-3502004 (ALEEZA)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...